FA of Sarawak

FA of Sarawak

Share

The Official page of FA Sarawak (FAS)

Photos from FA of Sarawak's post 23/04/2026

SEMINAR & UJIAN KECERGASAN PENGADIL KEBANGSAAN 2026

Seminar dan Ujian Kecergasan Pengadil Kebangsaan Musim 2026 telah melabuhkan tirainya hari ini, dengan objektif meningkatkan pengetahuan Undang-undang Permainan serta tahap kecergasan fizikal pengadil selaras dengan keperluan semasa.

Majlis penutup ini turut dihadiri oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS), Tuan MD Haical Abdullah.

Seramai 16 daripada 20 peserta bagi kategori Pengadil Kebangsaan telah berjaya lulus, manakala bagi kategori Pra Kebangsaan, seramai 6 daripada 10 peserta turut berjaya melepasi penilaian yang ditetapkan.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan semoga terus meningkatkan mutu pengadilan bola sepak negara.

Photos from FA of Sarawak's post 15/04/2026

SESI PERJUMPAAN PERSIAPAN SUKMA XXII SELANGOR 2026

Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) telah menghadiri sesi perjumpaan bersama YB Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak bagi membincangkan persiapan menghadapi SUKMA XXII Selangor 2026.

FAS diwakili oleh Tuan Haji Khairulddin Qalam bin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan), Awangko Shahbuddin bin Pgn. Abu Bakar (Ahli Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan) serta Encik Irwanshah, wakil Pengurus Pasukan Bola Sepak SUKMA Lelaki.

Sesi ini menjadi platform untuk menyelaras persiapan pasukan menjelang temasya SUKMA yang bakal berlangsung di Selangor.

14/04/2026

PANGGILAN TERAKHIR!
KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA ‘B’ AFC/FAM FASA I

Peluang terakhir buat para jurulatih yang ingin melangkah ke tahap lebih tinggi dalam bidang kejurulatihan bola sepak.

Tarikh: 4 – 17 Mei 2026
Lokasi: Kuching
Yuran Penyertaan: RM6,000.00
Tarikh Akhir Pendaftaran: 20 April 2026

Kursus ini merangkumi pembelajaran teori dan praktikal di padang, selaras dengan standard kejurulatihan semasa AFC & FAM.

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR atau klik pautan berikut:
https://forms.gle/sGmvvaefGaJ2dwwSA

Tempat adalah terhad. Daftar segera sebelum penyertaan ditutup!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai yang tertera.

Photos from FA of Sarawak's post 08/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN GERAN BELIA DAN SUKAN 2026

Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) telah menghadiri Majlis Penyerahan Geran Belia dan Sukan 2026 yang berlangsung pada 8 April 2026 di Ranyai Ballroom, The Waterfront Hotel, Kuching.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak.

FAS diwakili oleh Tuan Haji Khairulddin Qalam bin Daud, Naib Presiden FAS bagi menerima Geran Belia dan Sukan Tahun 2026.

Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas geran yang diterima, yang akan dimanfaatkan bagi menyokong pembangunan bola sepak di Sarawak.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Kepada kitak orang di Sarawak, Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Semoga semuanya sihat, murah rezeki & sentiasa dalam lindungannya!

Photos from FA of Sarawak's post 12/03/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SARAWAK KEPADA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Kuching, 12 Mac – Delegasi daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam satu pertemuan yang berlangsung di pejabat jabatan tersebut hari ini.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam usaha membangunkan bola sepak di peringkat sekolah di seluruh Sarawak.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam pembangunan jurulatih dalam kalangan guru serta usaha memperkasa pembangunan bakat pemain muda melalui platform sekolah.

Kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan pembangunan bola sepak dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan melalui kerjasama strategik antara persatuan dan institusi pendidikan.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan komitmen bersama untuk meneroka beberapa program kerjasama yang berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi di Sarawak.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak diwakili oleh Tuan Pengarah YBrs. Encik Haji Omar bin Mahli, Encik Johnny anak Rasit (Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid – SPBM) serta Encik Dicken Kilue (Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit Sukan, SPBM).

Manakala delegasi Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) diwakili oleh Haji Khairulddin Qalam bin Daud (Naib Presiden FAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Akar Umbi – JKTPAU), Awangko Shahbuddin bin Pgn. Abu Bakar (Ahli Jawatankuasa JKTPAU), Joseph Kalang Tie (Ahli Jawatankuasa JKTPAU) dan Mohd Amirul bin Abdillah (Pegawai Unit Kejurulatihan & Pengadil FAS).

11/03/2026

Jangan lepaskan peluang anda. Pendaftaran masih lagi dibuka, daftar sekarang!

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA ‘C’ AFC/FAM

Peluang terbaik buat para jurulatih yang ingin melangkah ke tahap lebih tinggi dalam bidang kejurulatihan bola sepak!

Tarikh: 6 – 20 April 2026
Lokasi: Kuching
Yuran Penyertaan: RM 3,500.00
Tarikh Akhir Pendaftaran: 23 Mac 2026

Kursus ini merangkumi pembelajaran teori dan praktikal di padang, selaras dengan standard kejurulatihan semasa AFC & FAM.

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR atau klik link berikut:
https://forms.gle/cGotGGYokAg8xRHs6

Tempat adalah terhad!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai yang tertera.

11/03/2026

Pendaftaran masih lagi dibuka. Jangan lepaskan peluang anda, daftar sekarang!

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA ‘B’ AFC/FAM FASA I

Peluang terbaik buat para jurulatih yang ingin melangkah ke tahap lebih tinggi dalam bidang kejurulatihan bola sepak!

Tarikh: 4 – 17 Mei 2026
Lokasi: Kuching
Yuran Penyertaan: RM6,000.00
Tarikh Akhir Pendaftaran: 20 April 2026

Kursus ini merangkumi pembelajaran teori dan praktikal di padang, selaras dengan standard kejurulatihan semasa AFC & FAM.

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR atau klik link berikut:
https://forms.gle/sGmvvaefGaJ2dwwSA

Tempat adalah terhad!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai yang tertera.

04/03/2026

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA ‘C’ AFC/FAM

Peluang terbaik buat para jurulatih yang ingin melangkah ke tahap lebih tinggi dalam bidang kejurulatihan bola sepak!

Tarikh: 6 – 20 April 2026
Lokasi: Kuching
Yuran Penyertaan: RM 3,500.00
Tarikh Akhir Pendaftaran: 23 Mac 2026

Kursus ini merangkumi pembelajaran teori dan praktikal di padang, selaras dengan standard kejurulatihan semasa AFC & FAM.

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR atau klik link berikut:
https://forms.gle/cGotGGYokAg8xRHs6

Tempat adalah terhad!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai yang tertera.

27/02/2026

KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA ‘B’ AFC/FAM FASA I

Peluang terbaik buat para jurulatih yang ingin melangkah ke tahap lebih tinggi dalam bidang kejurulatihan bola sepak!

Tarikh: 4 – 17 Mei 2026
Lokasi: Kuching
Yuran Penyertaan: RM6,000.00
Tarikh Akhir Pendaftaran: 20 April 2026

Kursus ini merangkumi pembelajaran teori dan praktikal di padang, selaras dengan standard kejurulatihan semasa AFC & FAM.

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR atau klik link berikut:
https://forms.gle/sGmvvaefGaJ2dwwSA

Tempat adalah terhad!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai yang tertera.

23/02/2026
18/02/2026

Salam Ramadan 1447H / 2026M

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa keinsafan, ketenangan, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan yang kita lakukan.

Selamat berpuasa dan semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Stadium Sarawak, Petra Jaya
Kuching