02/08/2026
𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗙𝗼𝗼𝘁𝗯𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲𝗱 𝗧𝗼𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚽️
(𝙿𝚂𝙺 10)
📌 𝙿𝚊𝚍𝚊𝚗𝚐 𝙺𝙳𝙵𝙰 | 02.08.2026
𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝙎𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝 𝘼𝙠𝙝𝙞𝙧
Axis Kids Academy tewas di separuh akhir selepas keputusan terikat 0 - 0 yang membawa ke penentuan penalti, sebelum tewas 1-2 kepada Basic Soccer Development/academy
Namun perjuangan tidak terhenti di sini. 𝘼𝙭𝙞𝙨 𝙆𝙞𝙙𝙨 𝘼𝙘𝙖𝙙𝙚𝙢𝙮 akan bangkit kembali untuk merebut tempat ke 3 & ke 4 menentang Sarawak Sports Corporation
Kekecewaan hari ini jadi pembakar semangat untuk bangkit. Terus berjuang hingga wisel terakhir.
Jatuh bukan pengakhiran. Jatuh adalah permulaan untuk bangkit lebih kuat. Teruskan berjuang, 𝘼𝙭𝙞𝙨 𝙆𝙞𝙙𝙨 𝘼𝙘𝙖𝙙𝙚𝙢𝙮. Cerita kita belum selesai.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
02/08/2026
𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗙𝗼𝗼𝘁𝗯𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲𝗱 𝗧𝗼𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚽️
(𝙿𝚂𝙺 10)
📌 𝙿𝚊𝚍𝚊𝚗𝚐 𝙺𝙳𝙵𝙰 | 02.08.2026
𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿
Axis Kids Academy meneruskan langkah ke peringkat seterusnya selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kelab Sukan Rekreasi Anak-Anak Muda Kampung Batu Kitang Jaya
Kemenangan ini melayakkan 𝘼𝙭𝙞𝙨 𝙆𝙞𝙙𝙨 𝘼𝙘𝙖𝙙𝙚𝙢𝙮 mara ke Peringkat Separuh Akhir dan bakal berdepan Basic Soccer Development/academy dalam misi meneruskan cabaran kejohanan.
Tahniah buat seluruh pasukan. Teruskan fokus dan berjuang sehingga wisel penamat.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
02/08/2026
𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗙𝗼𝗼𝘁𝗯𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲𝗱 𝗧𝗼𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚽️
(𝙿𝚂𝙺 10)
📌 𝙿𝚊𝚍𝚊𝚗𝚐 𝙺𝙳𝙵𝙰 | 02.08.2026
𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿
Satu lagi cabaran menanti pasukan Axis Kids Academy apabila bakal berdepan Kelab Sukan Rekreasi Anak-Anak Muda Kampung Batu Kitang Jaya dalam aksi Suku Akhir.
Semoga para pemain terus fokus, berjuang dengan semangat tinggi dan memberikan aksi terbaik di atas padang. Dengan disiplin, kerja berpasukan dan semangat juang yang tinggi, pasukan akan berusaha memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
01/08/2026
𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗙𝗼𝗼𝘁𝗯𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲𝗱 𝗧𝗼𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚽️
(𝙿𝚂𝙺 10)
📌 𝙿𝚊𝚍𝚊𝚗𝚐 𝙺𝙳𝙵𝙰 | 26.07.2026
Perlawanan ke-2 menyaksikan Axis Kids Academy mula menemui rentak apabila berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas pasukan 𝙃𝙤𝙧𝙣𝙚𝙩𝙯 SK Tabuan Hilir . Persembahan yang lebih tersusun dan berdisiplin membuahkan hasil, memberi suntikan semangat untuk perlawanan seterusnya.
Pihak pasukan Axis Kids Academy juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 𝙇𝙚𝙥𝙤 𝙉 𝙆𝙪𝙥𝙞 di atas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada pasukan. Sokongan seperti ini amat bermakna dalam membantu perkembangan dan perjalanan pasukan kami.
Perjalanan masih panjang, fokus kekal sama, iaitu belajar, berkembang dan terus melangkah ke hadapan.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
01/08/2026
𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗙𝗼𝗼𝘁𝗯𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲𝗱 𝗧𝗼𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚽️
(𝙿𝚂𝙺 10)
📌 𝙿𝚊𝚍𝚊𝚗𝚐 𝙺𝙳𝙵𝙰 | 26.07.2026
15 akademi telah berkumpul di pentas yang sama, masing-masing membawa misi dan semangat tersendiri. Axis berada di Kumpulan A bersama 7 lagi akademi, bersedia untuk bersaing dan membuktikan kemampuan.
Perlawanan pertama menentang Sekolah Kebangsaan Semerah Padi ts25 berakhir dengan keputusan seri 0-0. Permulaan perlawanan yang sedikit berhati-hati, dengan kedua-dua pasukan masih mencari rentak dan menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan.
Ini hanyalah langkah pertama. Perjalanan masih panjang, dan pasukan terus fokus untuk bangkit dan memberikan yang terbaik dalam perlawanan seterusnya.
Pihak pasukan Axis Kids Academy juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 𝙇𝙚𝙥𝙤 𝙉 𝙆𝙪𝙥𝙞 di atas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada pasukan. Sokongan seperti ini amat bermakna dalam membantu perkembangan dan perjalanan pasukan kami.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
31/07/2026
𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 𝗬𝗼𝘂𝘁𝗵 𝗙𝗼𝗼𝘁𝗯𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲𝗱 𝗧𝗼𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗲𝗻𝘁 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚽️
(𝙿𝚂𝙺 8)
📌 𝙿𝚊𝚍𝚊𝚗𝚐 𝙺𝙳𝙵𝙰 | 25.07.2026
Aksi kompetitif melibatkan 12 buah kelab jemputan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Axis ditempatkan di Kumpulan A dan berjaya mencatatkan keputusan positif di peringkat kumpulan.
𝙋𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙆𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝘼
Axis (1) - (0) Semerah Padi Academy
Axis (1) - (0) Samarahan Academy
Axis (0) - (0) Tambirat Academy
Axis (0) - (0) Cascara Junior
Axis (1) - (0) Basic Soccer Development
𝙎𝙪𝙠𝙪 𝘼𝙠𝙝𝙞𝙧
Axis (0) - (1) SJN Academy
𝙎𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝 𝘼𝙠𝙝𝙞𝙧
Axis (0) - (0) Cascara Junior
(𝙺𝚊𝚕𝚊𝚑 𝙿𝚎𝚗𝚊𝚕𝚝𝚒 1𝚡3)
𝙋𝙚𝙣𝙚𝙣𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙠𝙚 𝟑 & 𝟒
Axis (0) - (0) Samarahan Academy
(𝙺𝚊𝚕𝚊𝚑 𝙿𝚎𝚗𝚊𝚕𝚝𝚒 1𝚡3)
Walaupun tidak berjaya membawa pulang kemenangan, para pemain telah memberikan saingan yang membanggakan. Tahniah & Syabas utk seluruh pemain U8 Axis, Para Jurulatih & juga Ibubapa.
Ingatlah, Setiap perlawanan menjadi pengalaman berharga dalam proses pembangunan pemain, memperbaiki kelemahan dan terus melangkah ke tahap yang lebih baik.
Teruskan usaha, teruskan belajar.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
28/07/2026
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗣𝗬𝗙𝗖𝗧 𝟐𝟎𝟐𝟔 :
𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗨𝟏𝟒 & 𝗨𝟏𝟔
📌 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗶𝗿 | 𝟐𝟐.𝟎𝟕.𝟐𝟎𝟐𝟔
Perlawanan persahabatan melibatkan dua pasukan U14 & U16 menentang anak muda berusia 17TKB Kampung Sambir.
Lebih daripada sekadar perlawanan, ini adalah platform untuk merapatkan silaturahim sambil menimba ilmu dan pengalaman di atas padang.
Setiap minit permainan memberi ruang untuk belajar, memperbaiki dan membina keyakinan menjelang cabaran yang lebih besar.
Terima kasih kepada pasukan Kampung Sambir atas perlawanan yang penuh semangat.
Langkah kecil hari ini, persediaan besar untuk esok.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
24/07/2026
𝙆𝙚𝙟𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙧𝙖𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 🏆
𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗙𝗖 𝟐𝟎𝟐𝟔 :
𝗠𝗶𝗻𝗶 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗕𝗼𝗹𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗔𝗸𝗮𝗿 𝗨𝗺𝗯𝗶 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗵 𝟏𝟐 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻.
Mengimbau kembali detik indah meraikan kejayaan bersama rakan di Axis Kids Academy, satu kenangan yang cukup manis buat kami. Detik ini bukan sekadar tentang keputusan di atas padang, tetapi tentang usaha, pengorbanan dan semangat yang dibina bersama.
Setiap latihan, setiap perlawanan, dan setiap cabaran yang ditempuh telah mengeratkan hubungan antara pemain, jurulatih dan seluruh pasukan.
Lebih daripada itu, momen ini mengajar kami erti kebersamaan. Menang atau kalah, kami tetap berdiri sebagai satu pasukan. Senyuman, gelak tawa dan rasa bangga yang dikongsi bersama rakan-rakan akademi akan sentiasa terpahat sebagai inspirasi untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang.
Perjalanan masih panjang, dan ini hanyalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar.
𝘼𝙭𝙞𝙨❗️𝘼𝙭𝙞𝙨❗️ 𝘼𝙭𝙞𝙨❗️
( Admin 🐝 )
11/07/2026
PYFCT is getting closerrrr 🔥
Cabaran utama dalam membimbing pemain muda ialah tahap pengetahuan dan kemahiran teknikal yang masih perlu dipertingkatkan.
Baca artikel penuh: https://www.tvsarawak.my/2026/07/10/jurulatih-sambut-baik-bengkel-petronas-perkasa-pembangunan-bola-sepak-pemain-muda/