π₯ Bermula langkah pertama menuju kejayaan!
Sesi Pemilihan Tombak Junior π₯
Bakat diuji, semangat dibina, impian diperjuangkan.
βBukan semua akan terpilih, tetapi semua akan belajar menjadi lebih kuat.β πͺπ₯
Tombak Perak
Tombak Perak Baseball & Softball Club
11/05/2026
π₯π JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SOFBOL MSS PERAK 2026 ππ₯
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mempamerkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Dengan meraih tiga kejuaraan iaitu bagi Kategori P18, L12 dan L18 , Hilir Perak dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Sofbol MSS Perak 2026
π Juara Keseluruhan β Hilir Perak
π₯ Naib Juara β Larut Matang & Selama
π₯ Tempat Ketiga β Manjung
ποΈ Tempat Keempat β Batang Padang
Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan di atas padang, tetapi hasil pengorbanan, usaha dan semangat berpasukan yang luar biasa.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam melahirkan lebih ramai pemain sofbol yang cemerlang dan berdaya saing untuk masa hadapan. π₯β¨
Terima kasih Unit Pembangunan Bakat Murid - Sukan, JPN Perak atas sekongan yang padu ke atas Sofbol Perak, dan Tuan Haji Adnan Adnan Bin Mustafa PTPS Sofbol Negeri Perak yang mengemudi kejayaan dan kecemerlangan Sofbol MSS Perak.
11/05/2026
π₯π₯ 4 TERBAIK KEJOHANAN SOFBOL MSS PERAK 2026 β KATEGORI LELAKI BAWAH 18 TAHUN π₯π₯
Mereka bukan lagi sekadar bermain kerana minat, tetapi turun ke padang membawa maruah daerah, semangat pasukan dan impian yang besar untuk dikejar.
Di sebalik setiap kemenangan, ada pengorbanan yang tidak semua orang nampak. Latihan tanpa henti, badan yang keletihan, semangat yang diuji dan hati yang tidak pernah mahu mengalah. πͺπ₯
Ada yang jatuh lalu bangkit semula, ada yang bertarung hingga ke inning terakhir, dan ada yang sanggup memberi segala-galanya demi lambang di dada. π₯
Inilah jiwa sebenar seorang pemain sofbol, berani berjuang, setia kepada pasukan dan tidak pernah berhenti percaya sehingga permainan tamat.
Tahniah kepada yang berjaya
π Johan β Hilir Perak
π₯ Naib Johan β Larut Matang & Selama
π₯ Tempat Ketiga β Kinta Utara
ποΈ Tempat Keempat β Batang Padang
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding.
Yang berjaya teruskan melakar sejarah, yang belum berjaya jadikan hari ini sebagai pembakar semangat untuk kembali lebih kuat.
Di padang inilah lahirnya pejuang-pejuang muda Tombak Perak, yang suatu hari nanti mungkin akan membawa nama negeri dan negara ke pentas yang lebih tinggi. β¨π²πΎ
Teruskan melangkah dengan bangga wahai anak-anak muda hebat, kerana setiap peluh, setiap luka dan setiap air mata hari ini sedang membentuk kalian menjadi insan yang lebih kuat untuk masa depan. β€οΈπ₯
11/05/2026
π₯π₯ 4 TERBAIK KEJOHANAN SOFBOL MSS PERAK 2026 KATEGORI LELAKI BAWAH 12 TAHUN π₯π₯
Mereka masih kecil,
Namun semangat yang dibawa ke padang cukup besar dan membuat ramai bangga. β€οΈ
Ada yang jatuh lalu bangkit semula,
ada yang menahan sakit demi pasukan,
ada yang menangis kerana terlalu mahu membawa kemenangan.
Semua itu lahir daripada rasa cinta kepada permainan dan semangat untuk berjuang sampai akhir. πͺπ₯
Tahniah kepada yang yang berjaya, yang belum berjaya, teruskan perjuangan.
π Johan β Hilir Perak
π₯ Naib Johan β Larut Matang & Selama
π₯ Tempat Ketiga β Kerian
ποΈ Tempat Keempat β Kinta Utara
Hari ini mungkin sekadar kejohanan bawah 12 tahun, tetapi siapa sangka, di padang inilah bakal lahir pemain-pemain yang bakal mengharumkan nama Perak suatu hari nanti. β¨
Teruskan bermimpi anak-anak kecil hebat,
kerana setiap peluh, setiap air mata dan setiap sorakan hari ini akan menjadi kenangan paling bermakna dalam perjalanan kalian. β€οΈπ₯
Tahniah kepada semua pasukan, jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa berdiri di belakang mereka.
Kalian bukan sahaja membina pemain sofbol, tetapi sedang membina pejuang masa depan. π₯β¨
27/04/2026
π₯β¨ 4 TERBAIK KEJOHANAN SOFBOL MSS PERAK 2026, KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUNβ¨π₯
Kecil-kecil cili padi! π₯
Di sebalik wajah ceria, tersimpan semangat juang yang luar biasa. Mereka bermain dengan hati, berjuang tanpa henti, dan membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kejayaan. πͺβ€οΈ
π Johan β Larut Matang dan Selama
π₯ Naib Johan β Batang Padang
π₯ Tempat Ketiga β Manjung
ποΈ Tempat Keempat β Hulu Perak
Langkah awal yang penuh makna, masa depan kalian sangat cerah! β¨
Tahniah adik-adik semua! Teruskan berani bermimpi, kerana dari sinilah lahirnya juara masa depan Negeri Perak.π₯
27/04/2026
π₯π₯ 4 TERBAIK KEJOHANAN SOFBOL MSS PERAK 2026 KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUNπ₯π₯
Bukan sekadar permainan, ini tentang keringat, pengorbanan dan semangat yang tak pernah padam. Setiap larian, setiap pukulan, setiap tangisan dan sorakan, semuanya menjadi kenangan yang takkan dilupakan. πͺ
π Johan β Hilir Perak
π₯ Naib Johan β Larut Matang dan Selama
π₯ Tempat Ketiga β Kuala Kangsar
ποΈ Tempat Keempat β Manjung
Perjalanan yang penuh cabaran, tetapi semangat kalian tetap luar biasa!
Tahniah buat semua pasukan. Kalah menang itu biasa, tapi semangat dan persahabatan yang terjalin itulah kemenangan sebenar. β€οΈ
Jumpa lagi di pentas yang lebih besar! π₯
07/04/2026
Alhamdulillah kita menerima beberapa anugerah MSSPk tahun ini, ia bukan sekadar tentang kemenangan, bukan hanya tentang anugerah yang digenggam, tetapi tentang perjalanan penuh pengorbanan, air mata, dan semangat yang tidak pernah luntur.
Warga Tombak telah membuktikan bahawa usaha yang ikhlas, kesungguhan yang berpanjangan, dan kepercayaan antara satu sama lain akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. Setiap langkah, setiap latihan, setiap keletihan, semuanya terbayar dengan kejayaan indah di Majlis Anugerah MSSPK tahun ini.
Ini adalah kemenangan kita semua. Kemenangan yang lahir daripada hati yang kental, jiwa yang kuat, dan semangat yang tidak pernah mengalah.
Teruskan melangkah, teruskan bermimpi, dan teruskan mencipta sejarah. Hari ini kita menang, esok kita bangkit lebih hebat lagi.
Tahniah kepada
1- Tuan Haji Adnan bin Mustafa
SMK Bawong, Sg Siput (u)
(Anugerah PTPS Cemerlang - Sofbol)
2- Puan Raihan binti Mat Rasid
SK Seri Serdang, Manjung
(Anugerah Jurulatih Cemerlang Wanita - Sofbol)
3- Muhammad Aqil bin Shahrudin
SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai
(Anugerah Putra Sukan - Sofbol/Besbol)
4- Muhammad Faizuddin bin Mohd Faqharuddin
SK Batu Kurau, Batu Kurau
(Penghargaan Antarabangsa, 31st World Childrenβs Baseball Fair 2025, Akita Japan)
Syabas warga Tombak. Anda luar biasa. πͺπ₯
24/03/2026
Cap rasmi βTombak Perak Baseball & Softball Clubβ 2026, jelas, bergaya dan beridentiti.β Orang Perak dan Fans Tombak Perak Wajib ada satu π.
Material Cap seperti dalam gambar Cap Team Philipines (Warna Biru) dan Timnas Indonesia (Warna Merah). Harga RM 45, tempahan dan bayaran sebelum 5 April 2026.
Boleh contact no ini ya.
https://www.wasap.my/+60133333501/NakOrderCap_TP26
27/11/2025
Wajah-wajah sang juara, kita simpan sebagai kenangan.
Pemain :
1-Nur Anisa
2.Aqila Nadira
3.Aqila Nazira
4.Nur Nadwah
5.Sara Allyana
6.Aina Damia
7.Puteri Adawiyah
8.Nur Irdina
9.Airis Nadirah
10.Ainur Mardiah
11.Inas Imani
12.Nadiatul Najwa
13.Nurul Irdina
14.Fatin Amani
15.Wan Dayana
16.Fatin Dahlia
17.Puteri Nur Saffiya
18.Nur Sofiya
Management :
Coach Ilyani
Coach J***t
Coach Lah
Coach Ilah
27/11/2025
Wajah-wajah sang juara, kita simpan sebagai kenangan.
1- Iqram
2- Idham
3- Jefry
4- Faiq
5- Yusof
6- Almin
7- Hariz
8- Zakwan
9- Farihin
10- Ilham
11- Daβi
12- Fauzan
13- Fayyad
14- Izzul
15- Rizqi
16- Izzat
17- Amzar
19- Adam
Management
Coach Sharudin
Coach Farizuan
Coach Syafiq
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Ipoh