Empayar KAB Gold Selangor

Empayar KAB Gold Selangor

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Empayar KAB Gold Selangor, Coach, Semenyih.

Menyediakan platform jual beli EMAS dan PERAK yang lengkap dan interaktif serta bimbingan ILMU berkaitan LOGAM MULIA agar manfaat yang bakal diperolehi oleh para pelanggan meliputi segenap aspek kehidupan pada masa kini dan hadapan, insya-Allah.

09/06/2026

Sengkeknya orang yang menyimpan EMAS tidak sama dengan sengkeknya orang yang TIADA EMAS digenggaman.

09/06/2026

Tak penat ke asyik posting tentang EMAS sahaja? P**a tu, ayatnya panjang-panjang malas nak baca‼️

Saya hanya mampu tersenyum mendengarnya.
Jauh di dalam hati, berkata pada diri; ini adalah antara ujian buat saya.

Semoga kebaikan di curahkan Allah SWT buat saya dan ‘Si Dia’.

Mendidik masyarakat tentang peri pentingnya menyimpan emas bukan sahaja sebagai alat pelaburan tetapi sebagai pelindung kekayaan adalah salah satu dari Jihad ilmu saya secara peribadi dan Insya-Allah setiap insan yang dibimbing setidaknya faham akan asas tujuan juga keupayaan Sang Emas dalam erti kata sebenar.

Penolakan‼️
Ya, memang itu yang saya rasai sejak menjadi Pembimbing/Dealer Emas bermula dari tahun 2015 sehingga kini.

Namun,
Tidak sesekali saya berhenti kerana ianya bukan hanya sekadar Jihad Ilmu saya secara peribadi tetapi lebih dari itu;

▪️Agar sekalian yang ada tidak merasa RUGI seperti mana saya yang terlewat menyedari akan keupayaan/kelebihan Sang Emas.
▪️Memantapkan lagi ilmu sedia ada juga secara tidak langsung memperingatkan kepada saya akan kebaikan memiliki Logam Mulia.
▪️Merupakan 'Bekalan' yang akan saya bawa melalui perkongsian ilmu kepada Masyarakat tatkala usia pinjaman ini berakhir di suatu masa.

Alhamdulillah,
Terlalu banyak pengalaman yang saya dapati sejak menjadi seorang Pendidik. Semakin saya gali ilmunya, maka semakin banyak ilmu dan rahsianya yang terbongkar. Tidak juga saya lupa akan perasaan bahagia dan duka malah saya turut merasai pengalaman hiba para pelanggan saya berkenaan kisah lalu yang masih menghantui.

Maaf, ianya rahsia dan tidak perlu saya kongsikan di sini kerana ianya bersifat peribadi.

Uniknya,
Walaupun ribuan kali berkongsi ilmu, tidak pernah juga saya mendapatkan hal yang sama. Selalu sahaja ianya berbeza.

Demi Allah,
Sejak awal Nawaitu saya adalah mendidik.

Alhamdulillah atas rezeki kurniaan-Nya selama diri bekerja di Oil & Gas Industry. Hati saya berkobar untuk terus membuka mata hati manusia agar mereka tahu apakah itu Logam Mulia dan kepentingannya.

Tetap rezeki Allah terus mengalir melalui Empayar KAB Gold Selangor (EKGS) ini walaupun tidak sehebat insan istimewa yang lain. Kepada-Nya jua saya panjatkan setingi-tinggi kesyukuran.

Buat para insan yang sering mengikuti setiap posting saya malah memberikan galakan dan sokongan, sekalian dari anda membuatkan saya terus teruja demi mencapai impian saya.

“Laksana melihat cahaya sebuah berlian yang disorot sinar lampu, maka cahaya yang dipantulkan akan menghasilkan spektrum yang berwarna warni”.....😊

Doakan saya agar terus bahagia malah diberikan kekuatan oleh Allah, Allahumma Ameen.


Muhammad Yuhailmy
DUTA | KABGoldSelangor.com

09/06/2026

Apabila membeli EMAS, tetapkan posisi masing-masing sama ada sebagai Penyimpan, Pelabur atau Peniaga Emas‼️

09/06/2026

Ada juga yang berkata untuk apa menyimpan EMAS kerana ingin merasa hasil penat lelahnya bekerja menyimpan harta.

Benar dan tidak salah beranggapan begitu. Gunakan lah wang pendapatan tersebut untuk menunaikan hasrat. Setidaknya lebihan pendapatan yang ada setiap bulan itu simpankan lah ke dalam bentuk Emas.

Jika mampu mengasingkan wang gajian terlebih dahulu sebagai simpanan Emas sebelum berbelanja, maka itu lebih baik.

Pelbagai sebab untuk menyimpan Emas ini. Jika di kita fokus kepada issue ini, setidaknya simpanan Emas ini mampu;

▪️Melindungi pendapatan kita dari kebocoran wang akibat berbelanja.
▪️Sebagai talian hayat sekiranya berlaku apa-apa kemungkinan yang tidak kita inginkan. Ingat, langit tidak selalu cerah.
▪️Bekalan kepada keluarga setelah kematian kita untuk membantu dalam usaha menerus kan kehidupan.

Jangan terus menunggu dan semoga 'Si Dia' mendapat sesuatu dari perkongsian ini.... 😊


Muhammad Yuhailmy
DUTA | KABGoldSelangor.com

09/06/2026
09/06/2026

Uncang EMAS KAB Gold SERENDAH RM50 nampak kecil namun, sangat bermakna di masa hadapan jika konsisten menyimpan.

09/06/2026

[ UNCANG EMAS & PERAK - Daily Price Update ]

Jika ingin membeli EMAS dan PERAK tanpa rasa terbeban dan tertekan, gunakan kaedah menabung melalui Uncang EMAS atau Uncang PERAK KAB Goldynamics Sdn. Bhd.

Boleh menabung sedikit demi sedikit mengikut BUDGET SERENDAH RM50 pada bila-bila masa.

▪️Maklumat Mengenai Uncang Emas;
https://teratakemas.com/2021/02/26/uncang-emas-apakah-itu/

▪️Pendaftaran Percuma;
https://app.kabgold.my/register?ref=KAB00004188

➖️
Muhammad Yuhailmy
DUTA | KABGoldSelangor.com

Empayar KAB Gold Selangor (EKGS)
READ | LIKE | COMMENT | SHARE | TAG | FOLLOW

08/06/2026

[ Persaraan - Aset Apakah Yang di Idamkan? ]

Lumrah masyarakat setempat apabila di tanya berkaitan persaraan secara automatik terlintas di fikiran wang pencen dan KWSP sahajalah yang mampu digunakan untuk menyara kehidupan selepas fasa tersebut.

Aset?
Barangkali cukuplah dengan apa yang ada setakat ini dan tidak perlu lagi untuk menambahkan hutang.

Sebaik mungkin elakkan dari berfikir ke arah itu‼️

Tanyakan pada diri kita bahawa berapakah wang yang diperlukan selepas persaraan nanti demi menyara kehidupan termasuk kos perubatan juga di kala keadaan mendesak?

Semuanya ini dengan izinNya mampu kita atasi jika dari sekarang kita berusaha menyimpan ASET MAMPU MILIK iaitu Logam Mulia dengan cara mengubah sebahagian dari wang gajian kepada Emas setiap bulan secara istiqamah.

Persoalannya,
Sudahkah anda bermula menabung aset mampu milik ini sebelum tibanya waktu persaraan nanti?

Masih belum terlambat asalkan mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencapai Financial Freedom di kemudian hari, insya-Allah.


Muhammad Yuhailmy
DUTA | KABGoldSelangor.com

08/06/2026

[ Anggapkan EMAS sebagai Anak Ke-3 Anda ]

Kebanyakan keluarga mempunyai dua orang anak bukan?

Dan secara purata, sebagai IbuBapa kita telah mengeluarkan sejumlah wang selama tempoh 25 tahun dalam usaha mendidik anak-anak kita, menyediakan segala keperluan mereka, mengahwini mereka secara ringkas dan tidak terkecuali, membuatkan mereka selesa dalam kehidupan.

Untuk itu, saya mencadangkan agar anda menganggap EMAS sebagai anak ke-3 anda‼️

Pastikan BUDGET yang sama setiap bulan/tahun bagi setiap anak itu diperuntukan khusus ke dalam bentuk Emas (contoh);

▪️Anak Pertama - RM500
▪️Anak Kedua - RM500
▪️"Anak Ketiga" (EMAS) - RM500

Dan,
Lakukan itu selama 25 tahun yang sama‼️

Selepas 25 tahun berlalu, sama ada anak kandung anda menjaga anda atau tidak, PASTI anak ke-3 ini yang akan menjaga anda dengan baik sepanjang hayat anda.

Ingat,
Tiada siapa yang boleh menjamin apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya, dengan persediaan awal ini akan membantu anda sebagai langkah berjaga-jaga..... 😊

Insya-Allah.


Muhammad Yuhailmy
DUTA | KABGoldSelangor.com

Photos from Empayar KAB Gold Selangor's post 08/06/2026

[ Memiliki EMAS - 1kg Buat Setiap Keluarga ]

Adakah anda mampu mencapai target ini suatu hari nanti demi keluarga tersayang anda?

Bagaimana p**a dengan caranya?

Antara tips terbaik buat setiap Penyimpan Emas yang boleh kita gunakan demi meraih keuntungan di masa hadapan dan teknik terbaik ini buat 'Si Dia' yang bertekad untuk memiliki kehidupan yang lebih sempurna di suatu masa, insya-Allah;

▪️PAKSA DIRI untuk mengubahkan antara 5% ~ 10% dari wang gajian ke dalam bentuk Emas Fizikal biarpun budget yang ada hanya semampu yang ada.
▪️SIMPAN EMAS yang telah dimiliki itu di tempat yang selamat.
▪️LUPAKAN sama sekali simpanan Emas tersebut. Hanya gunakannya apabila berlaku sebarang situasi terdesak. Paling tidak ianya adalah pertahanan terakhir kita untuk menyelamatkan keadaan.

Sedangkan mempunyai lebihan wang sekalipun kita tidak pernah cukup untuk berbelanja, apatah lagi jika pendapatan hanya sekadar cuma. Maka dari itu, lebih baik kita tutup mata dan memaksa diri untuk terus menyimpan.

Sampai suatu masa, pasti ianya menggunung juga dan kalian pasti tersenyum lebar kerana pertahanan sudah tersedia!

Ya,
Harga 1kg emas amat 'Keras' namun, tidak mustahil anda boleh memilikinya.

Sebagai "Wealth Protection Plan";

❤️ For ;
▪️1kg to have STABILITY
▪️5kg to start INVESTING
▪️10kg to RETIRE with INCOME

❤️ For ;
▪️30kg to RETIRE with INCOME

Jika kita benar - benar mahukan sesuatu, kita akan cari jalan dan buang segala alasan.

Biarlah impian ingin menuju ke bintang. Sekiranya setelah lelah berusaha diri hanya mampu sampai ke bulan, itu sudah amat cemerlang dan memadai ..... 😊

Ingat,
Action is the foundational to all . You can do it❗️

➖️
Muhammad Yuhailmy
Remember, a journey of Kilo's coming from a single gram!
DUTA | KABGoldSelangor.com

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

http://KABGoldSelangor.com/, http://www.teratakemas.com/

Address


Semenyih
43500